“Saya takkan mαafkan awak, awak mαrah dan panggil keluarga saya bar*a..” Shada Amzah Luαh Kemαrahan Pada Siapa?

Baru-baru ini, pelbagai cerita keluar selepas kemenangan Shila Amzah dan kumpulan SOG dalam Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) dan semuanya berkaitan dengan penyanyi Shila Amzah.

semuanya bermula dengan Sharnaaz Ahmad memberi ciapan pada Twitter miliknya memberi sokongan kepada Shila Amzah untuk membuat persembahan sehinggalah kepada kisah cinta mereka bertaut kembali.

Perbuatan Sharnaaz Ahmad yang mengeluarkan ciapan berunsur kata-kata semangat itu telah menarik perhatian netizen yang mengungk1t kembali kisah percintaan mereka yang dahulu.

Hal ini ditambah lagi masing-masing sudah bergelar status dμda dan jαnda beranak satu.

Yang terbaharu adalah kisah peribαdi keluarga Shila pula menjadi perbualan hαngat dalam kalangan netizen yang sentiasa menantikan perkembangan semasa kisah hidup penyanyi terkenal itu.

Hal ini dikuatkan lagi dengan ciapan terbaharu adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah yang begitu menambah rencah dalam perhubungan kakaknya dengan bekas kekasih.

Jelas sekali dalam Twitnya menunjukkan ketidakpuasan hati kepada seseorang, namun dia tidak menujukan kepada sesiapa secara khususnya.

Dalam pada itu, Syada juga menyatakan bahawa ‘seseorang’ itu pernah mengh1na keluarganya dengan perkataan yang cukup terkesan dan tidak baik.

Syada juga menambah bahawa dia sendiri tidak dapat menerima perkara tersebut dan menekankan bahawa bersikap jujur dengan berlaku b1adap adalah dua perkara yang berbeza.

Dia juga menyatakan dia tidak akan memaafkan dengan apa yang dikatakan oleh seseorang terhadap keluarga dengan kata-kata yang cukup menyak1tkan.

Sementara itu, Syada turut membalas satu ciapan daripada peminat dimana dia seolah-olah menujukan kepada kakaknya dan pelakon lelaki itu sebagai satu yang menj1jikan.

Syada juga begitu bersetuju dengan netizen yang tidak suka akan hubungan kakaknya dengan pelakon Sharnaaz dan itu jelas menunjukkan dia begitu tidak senang dengan g0sip yang mel1ar tentang kakaknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen men1nggalkan komen yang pelbagai ragam dan pendapat masing-masing.

Ada yang tidak bersetuju dengan pendapat Syada yang dikatakan cuba membuka pekung keluarga gara-gara ciapannya itu.

Bagi yang bersetuju mereka mengatakan hubungan Shila dengan Sharnaaz adalah satu yang tidak sepatutnya dan tidak boleh terjalin kembali seperti dahulu.

Untuk makluman, kisah percintaan Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah kembali hangαt disensasikan apabila berita mereka berdua sering berkomunikasi sejak Shila berp1sah dengan bekas suami.

Ditambah pula dengan cerita di mana respons Shaznaaz yang dianggap seperti memberi lampu hijau kepada hubungan mereka untuk terjalin kembali.

Sharnaaz mengatakan dia tidak boleh kata ya atau kata tidak kepada hubungannya dengan Shila dan kesemua dia serahkan kepada pihak Shila.

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Oh My Media

[2] Gambar Utama: hype, syadaidolakecil1

[3] Gambar-Gambar Lain: Twitter Syada Amzah dan Myinformasi, hype

Leave a Reply

Your email address will not be published.