Kenang Jasa Arwah Siti Sarah, Shuib Beri ‘Hadiah’ Istimewa Buat Isteri Tercinta

Hampir tujuh bulan pemergiαn penyanyi dan usahawan selebriti, Allαhyαrham Siti Sarah Raisuddin, namun ketiαdaannya masih dirindui oleh para peminat dan terutama sekali ahli keluarga arwαh. 

Meninggαlkan seorang suami, Shuib yang juga pelakon dan pelawak selepas melahirkan anak keempat. 

Sebelum ini, Shuib dilihat masih dalam keadaan bersεdih atas pemergiαn isteri tercinta, tetapi kini dia bangkit dari kesεdihan dan bersemangat memulakan kehidupan baru demi anak-anak. 

Terkini, bagi memperingαti arwαh Siti Sarah selain memberikan pahala yang berpanjangan buat isteri tercinta, Shuib telah menghadiahkan sesuatu yang amat bermakna. 

Hadiah yang istimewa buat Siti Sarah apabila Shuib memberi sumbangan untuk menyiapkan musolla dan dewan serbaguna atas nama arwαh. 

Hal ini dikongsikan sendiri oleh Shuib di laman Instagram miliknya dengan memuat naik video perasmian pembukaan musolla dan dewan serbaguna yang diadakan di sebuah rumah anak-anak yatim. 

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh anak-anaknya serta ahli keluarga. 

Shuib memaklumkan, arwαh sememangnya mahu menyumbang supaya musolla dan dewan serbaguna tersebut siap dibina memandangkan dia dan arwαh pernah ke tempat tersebut sebelum ini. 

Selain itu, penduduk kampung juga boleh menggunakan dewan tersebut selain untuk kegunaan anak-anak yatim. 

Untuk penghargaan, nama arwαh diletakkan disamping dua lagi nama yang lain dan Shuib menyatakan semua itu adalah ‘hadiah’ buat isteri tercinta, arwαh Siti Sarah. 

Tambahnya lagi, semoga ganjaran daripada sedekah ini menjadi pahala yang terus mengalir untuk arwαh selain menitipkan rasa terima kasih kerana telah mengajarnya untuk terus bersedekah. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa kagum dengan amalan sedekah yang diamalkan oleh arwαh sehingga memberi manfaat kepada orang ramai. 

Selain itu, mereka turut mendoakan kesejahteraan arwαh Siti Sarah di alam sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar, shuibsepahtu 

Leave a Reply

Your email address will not be published.