
Sebelum ini, pelakon Ashraf Muslim mengejutkan ramai apabila berpoligami sehingga mendapat gelaran ‘ikon poligami’.
Walau bagaimanapun, Ashraf dilihat tidak terlalu mendedakhan kehidupan peribadi bersama dua isteri dan sentiasa merendah diri walaupun dengan gelaran tersebut.
Dia menjelaskan, hal berkaitan rumah tangga tidak perlu diceritakan lebih lanjut kepada umum dan mengakui perihal poligami adalah perkara yang agak sens1tif.
Hal berkaitan rumah tangga perlu diselesaikan dalam kalangan keluarga itu sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak luar.
Tambah Ashraf lagi, dia meluahkan bahawa perkara berkaitan poligami ini tidak perlu dijadikan sebagai satu isu.
“Dalam Islam pun, tindakan p0ligami dibenarkan cuma ia sering menjadi isu kerana masyarakat belum boleh terima sepenuhnya.
“Biarpun saya boleh menjelaskannya secara terperinci, perkara berkaitan p0ligami sesuatu yang sens1tif bagi orang kita.
“Jadi, apa yang boleh saya katakan, poligami akan jadi indah apabila suami mampu memimpin dengan betul,” jelasnya.
Ashraf juga memberi nasihat sebagai seorang suami kita perlulah memastikan kita selalu solat berjemaah bersama isteri-isteri dan membawa mereka ke kuliah agama.
“Penting untuk suami membimbing isteri-isteri supaya reda, tenang dan jalani hidup bahagia.
“Selain itu, faktor komunikasi dengan isteri- isteri juga penting untuk merapatkan silaturahim.
“Apa yang pasti, dalam al-Quran sudah diberikan pelbagai petunjuk oleh Allah SWT untuk dijadikan panduan,” katanya.
Namun apa yang mencur1 tumpuan ramai adalah perkongsian yang diberikan oleh isteri keduanya iaitu Wan Sakinah yang meluahkan beberapa perkara yang menarik.
“Semua yg terjadi telah tertulis, samada anda memilih untuk bahagia atau der1ta, semuanya terpulang kepada anda, jangan biar orang lain pengaruhi kehidupan kita.
“Allah sudah berikan nikmat kepada saya, suami yang mencintai & anak yg sihat, Alhamdulillah.
“Jadi kenapa saya mesti tunduk kepada manusia yang membεnci saya? Kepada isteri kedua sekalian, memang kita tiada tempat yang istimewa dihati perempuan diluar sana, tak kire la kahwin kat Malaysia atau Thailand,”
Begitulah demikian luahan hati Wan Sakinah yang begitu menyed1hkan dan ianya adalah satu pengalaman yang tidak mudah untuk ditelan.
Sebelum ini, Ashraf pernah mengεjutkan semua apabila dia berkahwin buat kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, di Thailand pada 7 Julai 2013.
Ashraf menikah dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 31, pada 30 Ogos 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber:
[1] Rujukan: Trendingsangat
[2] Gambar Utama: bharian, nona
[3] Gambar-Gambar Lain: bharian