“Tiba-tiba saya terdetik sekali untuk ikut sama…” Reen Rahim Tidαk Rancang Ke Tanah Suci, T!tip Sesuatu Buat Peminat

Baru-baru ini, Reen Rahim telah berangkat ke tanah suci Mekah bersama kedua ibu bapanya. 

Memanfaatkan sebaik mungkin ibadah umrah ketika berada di tanah suci, Reen memohon agar sentiasa dilimpahkan rezeki kepadanya. 

Pemilik nama Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34 menjelaskan, ingin memberikan kesenangan kepada ibu bapanya dengan hasil titik peluhnya sendiri suatu hari nanti. 

“Semestinya saya minta pada Allah dimurαhkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirαt. 

“Jika terus diberikan rezeki yang banyak, saya mahu bantu ibu bapa dan mereka boleh berehat jadi bos kat rumah. 

“Biarlah ibu bapa saya dapat merasa hidup yang senang selepas ini,” ujarnya kepada mStar. 

Pada 4 Mac lalu, Reen dan ibu bapanya berangkat ke Mekah buat pertama kalinya untuk mengerjakan ibadah umrah. 

Pada asalnya Reen hanya ingin menghantar ibu bapanya sahaja, namun, hatinya terbuka disaat akh1r untuk mengikut ibu bapanya mengerjakan umrah. 

“Perancangan Allah itu sangat hebat. 

“Tiba-tiba saya terdetik sekali untuk ikut sama mengerjakan umrah dan Tuhan telah susun gerak hati saya dengan baik. 

“Kebetulan saya juga cuti panjang dan semestinya sangat gembira apabila dapat mengerjakan umrah buat pertama kali bersama ibu dan bapa,” tambahnya. 

Dalam pada itu, Reen menitipkan nasihat supaya jangan terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi menghantar ibu bapa ke Tanah Suci. 

Selain itu, Reen melahirkan rasa syukur kerana bertemu dengan agensi yang memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang mereka di sana. 

“Saya terjumpa sebuah agensi yang membawa jemaah umrah dan terus menghubungi mereka. Kalau ikutkan dari segi follower di Instagram mereka tidaklah terlalu banyak. 

“Tetapi hati saya sangat yakin dan syukur mereka memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang berada di sini. 

“Bagi saya jika berkemampuan tidak salah berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan ibu bapa kerana kita faham faktor usia mereka. 

“Jadi carilah agensi yang betul-betul menawarkanperkhidmatan terbaik untuk ibu bapa,” katanya lagi. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar utama dan gambar lain, reenrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published.