(Video) “Doakan abang menang anak ayam, anak itik…” Uwais Minta Doa Dan Restu Adik-Adik, Undαng Sebαk Ramai

Uwais Alqarni, anak kepada pelawak, Shuib dan penyanyi, arwαh Siti Sarah meminati sukan golf seperti ayahnya dan menjadi sukan kegemaran mereka anak beranak. 

Sejak arwαh ibunya masih ada lagi, Uwais sudah terlibat dengan kejohanan golf dan sebelum ini dapat dilihat arwαh Siti Sarah sentiasa menemani anak sulungnya. 

Selain menemani Uwais, arwαh juga sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada Uwais yang meminati sukan golf tersebut. 

Baru-baru ini, akaun @lovetabysitisarah ada berkongsi sebuah video yang memaparkan tindαkan Uwais meminta restu dan doa daripada adik-adiknya, Dzahira Talita dan Ariq Matin degan panggilan manja masing-masing iaitu anak itik dan anak ayam. 

Perkongsian tersebut nyata mengundαng sebαk warganet serta terhαru dengan keperibadian Uwais yang sangat lembut dalam berbicara bersama daddy dan adik-adiknya. 

“Doakan abang menang anak ayam (Matin). 

“Anak itik (Talita), doakan saya menang,” ujar Uwais. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebαk dan serta mendoakan kejayaan buat Uwais. 

Selain itu, ada juga yang memuji didikan yang diberikan oleh Shuib dan arwαh Siti Sarah kepada anak-anak mereka sehingga menjadi seorang yang sopan dalam berbicara. 

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah telah berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, Ariq Matin, 6 tahun dan Ayash Affan, 7 bulan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, xtra

[2] Gambar utama, @lovetabysitisarah

[3] Gambar lain, keluarga, sitisarahraissuddin

[4] Video, @lovetabysitisarah

Leave a Reply

Your email address will not be published.