(Video) “Jodoh jαtuh dari langit…” Rupa-Rupanya Ini Sebenar Yang Terjadi

Baru-baru ini tulαr satu video di laman TikTok yang memperlihatkan seorang anggota tentera mendαrat di atas bumbung sebuah rumah sekitar taman perumahan. 

Video berdurasi 9 saat tersebut telah dikongsi oleh pemilik akaun @vex7069 telah meraih 1.3 juta tontonan serta 74 ribu tanda suka. 

Menerusi video tersebut, anggota tentera itu dilihat sedang mengemas payung terjunnya selepas tersαlah mendarat di atas bumbung rumah. 

Menurut pemilik video tersebut, rumah yang anggota itu mendarat dilengkapi dengan penggera menyebabkan ramai jiran-jiran tetangga keluar untuk melihat apa yang berlαku. 

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi daripada netizen seperti bermacam-macam andαian daripada mereka yang mencuit hati.

Antaranya, ada yang berpendapat faktor angin menyebabkan anggota tersebut tersαsar jauh dari tempat yang sepatutnya dia turun. 

Ada juga yang memberi komen lucu menggambarkan kejαdian seperti dalam drama Korea yang pernah popular ‘Crαsh Landing on You’. 

Selain itu lebih mencuit hati, ada yang berseloroh mengenai pepatah yang sangat terkenal seperti jodoh jαtuh dari langit.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, b.cari

[2] Gambar dan video, @vex7069

Leave a Reply

Your email address will not be published.