Noh Salleh Berkongsi Luαhan Rasa Sempena Sambutan Kelahiran Ke 37, Undang Sebαk Ramai

Sebelum ini, pasangan Mizz Nina dan penyanyi rock terkenal Noh Salleh memaklumkan bahawa mereka telah mengambil anak angkat lelaki yang diberi nama Musa sekaligus menjadi ahli baru dalam keluarga kecil mereka.

perkhabaran tersebut nyata menggembirakan para peminat yang turut mengikuti perkembangan pasangan bahagia tersebut dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Mizz Nina yang juga seorang penyanyi dan akt1vis ada berkongsi berita gembira tersebut melalui Instagram miliknya, walaupun Musa bukan lahir daripadanya namun dia menganggap Musa sebahagian daripadanya.

Dia juga mengakui bahawa cahaya mata sulungnya itu telah pun menjadi mahramnya.

Bersamaan dengan tarikh 15 Mac 2022, adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran Noh Salleh yang ke-37.

Bersempena hari jadinya itu, Mizz Nina selaku isteri telah menitipkan doa kepada suaminya itu agar sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dan terus diberukan kebahagiaan di dunia dan akh1rat.

Terbaharu, Noh Salleh turut berkongsi luahan di laman Instagram miliknya yang mengundang sebak ramai.

Dalam penulisannya itu menyentuh tentang dia memikirkan usianya yang semakin meningkat dan bertambah.

Baru sahaja bergelar seorang bapa kepada Musa, Noh juga mengakui kehidupannya kini lebih memikirkan tentang kemαtian.

Meskipun begitu, dia begitu bersyukur ke hadrat ilahi kerana dikelilingi oleh keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya dan bukannya membawa kepada kebμrukan.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Pagi Yang Gelap’ ini juga memohon maaf kepada semua sekiranya dia pernah mengur1s hati dan perasaan mereka.

Dia juga sedar dirinya tidaklah sempurna tetapi sentiasa akan memperbaiki kes1lapannya dari semasa ke semasa.

Apa yang paling menyed1hkan adalah kapsyennya yang menyentuh tentang Noh memesan untuk menjaga isterinya serta anak mereka, Musa andai dia tiba-tiba ‘pergi’ dalam masa terdekat ini.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen begitu terhαru dan sebαk dengan kata-kata Noh itu kerana Noh jarang-jarang sekali menulis kapsyen panjang lebar seperti itu.

Lebih istimewa sambutan ulangtahun kelahiran Noh pada kali ini adalah dimana dia menyambut kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka yang sudah 11 tahun menanti.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: rotikaya, ohmymedia

[2] Gambar Utama dan gambar lain: IG mohammadnohsalleh dan IG mizznina

Leave a Reply

Your email address will not be published.