(Video) “Bila junior Datuk K merajuk…” Anak Lelaki Tok Ti Merαjuk, Telatahnya Cµit Hati Netizen

Keluarga bahagia Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa sering menjadi tumpuan media dan juga para peminat. 

Setelah 12 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Datuk Siti atau mesra dipanggil Tok Ti dan Datuk Khalid akhirnya dikurniakan cayaha mata perempuan diberi nama Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun. 

Kemudian, kehadiran anak kedua menambah lagi seri dalam keluarga kecil Tok Ti iaitu Muhammad Afwa yang kini berusia 10 bulan. 

Walaupun Tok Ti jarang memuat naik perihal anak-anaknya, namun para peminat tetap mengikuti perkembangan dua beradik tersebut setiap kali Tok Ti berkongsi perihal anak-anaknya di media sosial seperti Instagram dan TikTok. 

Terkini, telatah Afwa telah mencµri tumpuan ramai apabila video yang dimuat naik oleh @teamgijes_beausiti dan ditonton oleh lebih 165 ribu tontonan serta lebih 4 ribu tanda suka. 

Kecomelan Afwa nyata membuatkan para peminat tidak senang duduk dek kerana pipinya yang temban bak pau. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan emoji ‘love’ dan ‘gerαm’ dengan kecomelan Afwa yang pada ketika itu sedang merαjuk. 

Selain itu juga, ada yang berpendapat wajah anak kedua Tok Ti lebih kepada iras wajah ayahnya manakala wajah anak pertama iras Tok Ti. 

Untuk rekod, Datuk Siti telah berkahwin dengan Datuk K pada tahun 2006 dan pada tahun 2018, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Siti Aafiyah. 

Kemudian, pada tahun 2021, Muhammad Afwa dilahirkan dan kini sudah berusia 10 bulan. 

Walaupun Tok Ti sibuk dengan kerjaya seni dan juga perniagaan, namun masih ada masa yang diluangkan untuk anak-anaknya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinetronmalaya

[2] Gambar utama, @teamgojes_beausiti

[3] Gambar lain, majalahpama, @teamgojes_beausiti

[4] Video, @teamgojes_beausiti

Leave a Reply

Your email address will not be published.