
Sebelum ini, saluran A wesome TV telah menyiarkan program rancangan Mic On! yang mana sudah sampai ke peringkat suku akhir.
Jika sebelum ini, Diva AA menjadi hos dalam rancangan tersebut, namun disebabkan masαlah tertentu sehingga dia diberhεntikan tugas serta merta sehingga menimbulkan kontrovεrsi.
Kini, hos baru bagi rancangan tersebut telah digαntikan dengan Elly Mazlein selaku hos utama digandingkan dengan seorang lagi hos iaitu Issey Fazlisham.
Pemilihan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV nyata tepat apabila menggandingkan mereka berdua kerana keserasian dan telatah mereka yang amat kelakar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas, pemilihan Elly amat bersesuaian dan bertepatan dengan kriteria yang mereka tetapkan.
“Penampilannya di pentas-pentas besar sebelum ini kerap mendapat pujian ramai khususnya dalam kalangan netizen.
“Kami yakin, gandingan mereka mampu mencetuskan magis tersendiri. Kami turut berharap, kelainan minggu ini mampu memberikan keterujaan luar biasa buat penonton,” ujarnya.
Dalam pada itu, tugas juri tetap pula dipegang oleh Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu, manakala penyanyi Adibah Noor dijemput selaku juri jemputan.
Seterusnya, penyanyi, Naqiu pula mengisi slot SuarNet yang bakal mewakili warganet dan membuat ciapan melalui laman sosial Twitter.
Tambahan pula, konsert Mic On! di minggu keenam ini telah mendapat peningkatan dari segi jumlah penonton berbanding minggu-minggu sebelumnya.
Untuk makluman, konsert minggu keenam ini berkonsepkan Dalam Kenangan dilihat begitu menarik dan meriah meskipun Issey melakukannya secara solo.
Prestasi yang dipamerkan oleh Issey juga amat menggembirakan pihak produksi.
“Walaupun bersendirian, Issey bijak menguasai pentas dengan cemerlang dan bersahaja tanpa rasa gemεntar. Pendekatan Issey di atas pentas juga menerima respons baik daripada barisan juri tetap Mic On!
“Mereka nyata terhibur dengan gelagat spontan Issey yang mencuit hati sepanjang konsert berlangsung. Barisan ‘Managers’ terdiri daripada Ajak Shiro, Ropie dan Fad Bocey turut menunjukkan keserasian yang ketara sekali gus melancarkan perjalanan konsert,” katanya.
Bagi konsert suku akhir ini telah menggunakan tema Minggu Komedia dimana sebanyak sembilan peserta bakal beraksi untuk layak ke peringkat seterusnya bagi mendapat kejuaraan.
Untuk rekod, Mic On! di udara pada setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Awesome TV melalui platform Astro 123 dan MyTV 112.
Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.
Sumber:
[1] Rujukan: Harian Metro
[2] Gambar utama, b.cari, awesometvmalaysia
[3] Gambar lain, isseyfazlisham, mstar.com