“Sambil makan sambil insaf…” Buka Gerai Makan Depan Kubur, Ini Penjelasan Maklang Buat Semua

Siti Fatin Nasuha memilih lebih memilih untuk berniaga berbanding meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Menurut gadis ini, dia lebih minat untuk menjual makanan daripada menyambung pengajian setelah tαmat persekolahan. 

Makanan yang disediakan di gerai jualan Fatin, 21 adalah kerabu maggi dan burger dan apa yang menariknya adalah tempat terletaknya gerai gadis ini.

Gerai makanannya terletak berhadapan tanah perkuburan dan mula berniaga jam 12 tengahari sehingga 11.30 malam. 

“Kedai tu sebenarnya abang saya yang mula berniaga dulu. Tapi tak lama lepas tu dia dapat tawaran kerja di negeri lain. 

“Saya rasa sayang pula kalau biarkan macam tu je jadi saya buat keputusan ambil alih berniaga. 

“Jadi saya pun mulakan perniagaan dan bagi nama kedai tu Gerai Maklang sebab saya seorang je berniaga. Sebenarnya gerai tu pun sudah dikenali masa abang berniaga dulu lagi. 

“Abang buka kedai dekat situ sebab tempatnya strategik terletak dekat jalan utama keluar masuk kampung. 

“Cuma kedai dia betul-betul depan kubur. Sebelum ni kubur tu ada pagar tapi sudah dirµntuhkan jadi setiap hari berniaga memang saya hadap kubur,” ujar Fatin yang senang disapa Maklang. 

Tambah Maklang lagi, rumahnya yang terletak di Bukit Kechik, Kelantan juga berhadapan dengan tanah perkuburan. 

Sejak kecil dia sudah terbiasa dengan melihat tanah perkuburan, daripada sedikit sehingga sekarang sudah dipenuhi ‘penghuni’. 

Menceritakan pengalaman m1stik, sepanjang tempoh dia berniaga di kawasan tersebut, dia tidah pernah sekali pun digαnggu dengan sebarang gαngguan m1stik. 

“Sejak habis SPM, sudah lebih tiga tahun saya berniaga kat depan kubur ni. Memang saya akan berniaga sampai lewat malam pun setiap hari. Kalau ramai orang datang, saya tutup lewat sikit. 

“Selepas pagar kawasan kubur dirµntuhkan serαmlah juga. Tambah lagi kalau ada kemαtian, saya tαkut juga. Saya akan minta kakak teman sebab lepas pukul 10 malam, jalan tu agak sunyi. 

“Cuma kebanyakan orang dekat kampung ni pun dah terbiasa jadi mereka tak tαkut nak datang beli. Tapi ada juga yang tαkut nak datang malam-malam, jadi yang mana tinggal dekat kawasan Tanah Merah, saya pergi hantar je naik motosikal,” ujar Maklang.

Maklang juga ada memuat naik video ke laman TikTok sehingga mencecah hampir 1 juta tontonan serta 8 ribu tanda suka. 

Pelbagai komen yang diberikan oleh netizen berkenaan gerai depan kubur gadis itu namun dia tidak ambil kisah dengan komen-komen tersebut. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar utama dan gambar lain, @maklangggggg, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.