
Umum sedia maklum dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sebelum ini mengumumkan dia bakal mengeluarkan single terbaharu.
Menurut Datuk Vida, muzik video single terbaharunya bakal dilancarkan di YouTube pada 20 Mac dan nyata turut berdebαr menantikannya.
Berkongsi ‘teaser’ muzik video di laman Instagram, Datuk Vida turut berkongsi rasa debαrnya bersama peminat mengenai single terbarunya Ku Ikhlaskan.
“Dah ready ke esok? Berdebαrnya,” kapsyen Datuk Vida.
Teaser tersebut mendapat lebih 400 ribu tontonan sejak dikongsi semalam lagi serta mendapat pelbagai reaksi daripada warga net.
View this post on Instagram
Menerjah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak sabar untuk menonton muzik video terbaru Datuk Vida dengan pembaharuan yang bakal dibawakan olehnya.
Sebelum ini, Datuk Vida sudah menguar-uarkan mengenai single barunya dengan berkongsi ‘teaser’ dan juga sebalik tabir pembikinan muzik video tersebut.
Apa yang uniknya, menerusi klip video tersebut, Datuk Vida mengenakan persalinan yang lain dari kebiasaan dan unik disamping solekan yang artistik.
Untuk rekod, Datuk Vida sebelum ini pernah mengeluarkan single bertajuk ‘I Am Me’ pada tahun 2019.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1[ Rujukan, sinetronmalaya
[2] Gambar dan video, datoserivida