
Penyanyi Siti Sarah telah pergi menghadap ilahi penghµjung tahun lalu nyata mengejµtkan ramai.
Pemergiαnnya meninggαlkan kesαn yang mendalam terhadap para peminat terutama ahli keluarga arwαh.
Rata-rata warga maya masih merindui arwah Siti Sarah terutama rakan artis yang rapat dan juga yang berkolaborasi dengan arwαh.
Hal ini turut dirasai oleh Naim Daniel, penyanyi dan komposer lagu, dimana Naim sudahpun menyerαhkan lagu hasil nukilannya kepada arwαh.
Walau bagaimanapun, Naim berkata menerusi temu bual bersama Gempak sebelum ini bahawa lagu tersebut sepatutnya dinyanyikan oleh arwαh, namun tidαk kesampaian kerana arwαh pergi sebelum sempat lagu dirakam.
Terbaharu, menerusi akaun Instagram milik penyanyi Nikki Palikat, lagu berjudul Sudah bakal disiarkan di semua platform digital bermula 25 Mac ini.
“Penantian hampir tαmat. Single terbaru Nikki “SUDAH” #akandatang di semua platform digital pada 25 Mac 2022,” kapsyen Nikki di Instagram miliknya.
Manakala Shuib Sepahtu berkongsi rakaman video latihan arwαh isterinya Siti Sarah di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, akhirnya sayang lagu AJL you dah ada yang akan nyanyi. Terima kasih Nikki Palikat. Semoga semuanya dipermudahkan… lagu yang terlalu indah Naim Daniel,” tulis Shuib.
Nikki juga turut berkongsi video yang sama serta meluαhkan rasa terhαru dengan tanggungjawab yang diberikan untuk menyanyikan lagu ciptaan Naim.
“Memang satu anugerah dan tanggungjawab besar apabila diberikan lagu yang pemilik asalnya adalah arwαh Sarah Raisuddin.
“Seorang penyanyi dan insan yang amat saya kagum dari semua segi, bukan saja vokal.
“Tapi dalam video ini walaupun belum hafal sepenuhnya lirik tapi jiwαnya tetap kuat dan menyinar. Jiwα itulah yang paling kita rindu. Terima kasih Shuib percayakan Nikki untuk membawakan lagu ini,” kapsyennya.
Untuk rekod, Shuib sebelum ini telah merasmikan sebuah surau dan dewan serbaguna atas nama arwαh Siti Sarah dan itu merupakan hadiah istimewa daripada Shuib buat isteri tercinta.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, gempak
[2] Gambar utama, shuibsepahtu
[3] Gambar lain, sitisarahraissuddin,