(Video) Gara-Gara Hal Ini, Bapa Terkejμt Anak Balik Sekolah Tanpa Kain, Tapi Undang Tawa Warganet

Setelah sekian lama, pelajar telah kembali ke sekolah dan rata-rata ibu bapa termasuk anak-anak bersemangat dan seronok untuk memulakan fasa baru ini.

Dengan perkembangan teknologi serba canggih, pelbagai tela’tah anak-anak dikongsikan bersama di media sosial.

Terkini, perkongsian seorang pengguna Tiktok, bernama @topekmt menarik perhatian ramai apabila berkongsi anaknya kehi’langan kain sekolah.

Video perkongsian itu boleh ditonton seperti dibawah:

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 270K, 15.5K tanda suka dan 1205 komen.

Dan apabila ditanya, rupanya kain itu tergu’lung dalam bahu dan dia lupa nak turunkan lepas ke tandas.

Pada awalnya, @topekmt menjelaskan bahawa anaknya itu lengkap berpakaian sekolah pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.

Namun, semasa menjemput anaknya itu pulang, dia terkejut dengan telatah anaknya itu, yang keluar tanpa memakai pakaian.

Dan yang lucunya, apabila ditanya kemana kain itu hilang, anaknya itu menjawab tidak tahu.

Hasil tinjaun di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan telatah kanak-kanak itu.

“klakorla nak.. maaf acik tergelak.. “

“ampunn dikk , acik tergelak 😂 . apa² pun confident level kamu mmg tggi , acik doakan kamu berjaya dunia & akhirat”

“hahahahaha comelllnyaaaa. simpan video nti besar bg dia tgk blk”

Sumber:

[1] Rujukan, Says

[2] Gambar dan video, @topekmt

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.