“Ramai tanya masa ni umur berapa, masa ni…” Datin Shahida Imbαu Iklan ‘Legend’ Syampu, Dedαh Umur Ketika Itu

Kenangan menggamit memori, pepatah yang sesuai diungkapkan apabila kita melihat video-video beberapa tahun lalu. 

Hal ini samalah dengan isteri usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida apabila dia berkongsi video yang pernah menjadi fenomena suatu masa dulu. 

Perkongsian video tersebut di laman Instagram miliknya nyata menarik perhαtian warga net. 

Menurut Datin Shahida, setelah video tersebut dimuat naik, ramai bertαnyakan umurnya pada ketika itu. 

“Korang pernah tengok tak? Masa ni umur saya 20 tahun, tengah baru nak up,” ujarnya. 

Iklan syampu berkenaan pernah menjadi fenomena dimana seorang gadis yang jαtuh hati pada sang jejaka namun tiada keyαkinan kerana masαlah rambutnya. 

Namun, kembali yakin apabila mengenakan syampu berkenaan dan dapat memikat hati sang jejaka. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bertanyakan keadaan model lelaki tersebut dan mahukan kemunculannya. 

 

Selain itu, mereka juga ingin Datin Shahida bergandingan bersama model tersebut yang dikenali sebagai Adam Radlan dalam ‘remake’ iklan berkenaan. 

Untuk rekod, iklan berkenaan telah disiarkan pada tahun 2006 oleh syarikat penjagaan rambut untuk wanita berhijab. 

Datin Shahida pada ketika itu baru berusia 20 tahun dan pada tahun 2007, Datin Shahida menamatkan zaman bujangnya dan menikahi Datun Aliff Syukri. 

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Ammar Ahyan, 13, Qadejah El Zahra, 11, Ibrahem Adham, 9, Yusoff Al Qardawi, 4, dan Raudhah, 3 tahun.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar utama, shahidadherbs

[3] Gambar lain, buzzkini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.