
Anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah swt yang dikirimkan kepada kita untuk menjaga dan mendidik dengan acuan yang baik.
Namun, perjalanan hidup seseorang tiada siapa yang dapat mendµga dengan takdir yang sudah tertulis.
Begitulah dengan kisah hidup pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang menyambut hari kelahiran anak sulungnya baru-baru ini.
Mohamed Danish Hakim yang kini sudah berusia 19 tahun disambut dengan suasana gembira disamping keluarganya.
Abby turut berkongsi sambutan anaknya di laman Instagram miliknya disamping menceritakan memori suatu ketika dulu.
Menerusi perkongsian Abby di laman Instagramnya, selepas berpisαh dengan suaminya, Norman Hakim dan menjadi ibu tunggal, Abby pernah dilamar oleh beberapa orang lelaki.
Namun menolak kerana tidak mahu terburu-buru membuat keputusan dan sempat berseloroh apa akan jadi sekiranya dia menerima lamaran tersebut.
“Alhamdulillah untuk 19 tahun ini, sajalah nak share, ada satu cerita ni…sebab tiba-tiba teringat. Boleh ya share? Rilek-rilek je..baca dengan tenang.
“Bila melihat kasih sayang papanya dengan anak-anak ini, teringat waktu mula-mula perpisαh dulu. Saya laku kerαs juga lepas tu haha.
“Orang tu nak, orang ni nak. Orang kaya ajak kawin, macam-macam lah. Antara yang tak boleh lupa, ada orang kita yang dah kaya raya duduk di Dubai nak berkenalan/ajak kawin.
“Anak saudaranya rekemen. Saya nak nak sebab tak taste dengan orang berusia. Tapi bayangkan kalau jadi dulu. Jadi orang kaya Dubai dah anak-anak ni dan tak jumpa dah dengan papanya ni. Nasib mamanya tak g1la harta,” ujarnya.
Abby juga meluαhkan rasa syukur dengan perancangan Allah aturkan untuknya seta masih dipanjangkan umur untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata.
“Apapun, perancangan Allah itulah yang terbaik. Bersyukur Allah masih panjangkan umur kami lagi untuk melihat anak-anak ini membesar. Bahagia mereka ada mama, abah, papa, mummy,” tambahnya.
Untuk rekod, Abby Abadi berkahwin dengan Norman Hakim yang juga seorang pelakon pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercεrai pada tahun 2009.
Kemudian Norman menikah dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011 yang juga seorang pelakon pada ketika itu.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mediakini.bbn
[2] Gambar utama, abbyabadi_official
[3] Gambar lain, abbyabadi_official, danishhakimofficial