(Video) “Bijaknya awak…” Peminat Teruja Umur 4 Tahun, Anak Datuk Siti Sudah Pandai Main Piano

Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar dan sudah menapak dalam industri hiburan sejak remaja lagi. 

Semua peringkat umur mengenali Datuk Siti dan meminatinya bukan sahaja kerana nyanyian malah personaliti yang merendah diri. 

Kini, tumpuan peminat beralih kepada anak sulung Datuk Siti yang kini berusia 4 tahun iaitu Siti Aafiyah. 

Meski pun jarang-jarang mendedahkan anaknya ke media sosial, namun peminat tetap ternanti-nanti perkembangan anak-anak Datuk Siti. 

Terbaharu, Aafiyah yang kini sedang belajar bermain piano berjaya menarik perhatian ramai dengan bermain piano mengikut ‘pitch’. 

Aafiyah yang mula memasuki kelas latihan piano sejak kecil lagi nyata berjaya menyampaikan rentak mengikut suara gurunya dengan baik. 

Video yang dimuat naik ke laman Instagram Aafiyah Khalid telah mendapat 4 ribu tanda suka kurang daripada 24 jam video ini dikongsi. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat begitu teruja melihat anak Datuk Siti, Aafiyah yang sudah pandai bermain piano meskipun baru berumur 4 tahun. 

Selain itu, mereka juga memuji Aafiyah seorang yang pandai bermain piano serta meninggαlkan emoji ‘love’. 

selain pandai bermain piano, Aafiyah juga mengikuti kelas renang di rumahnya.

Untuk rekod, Datuk Siti telah berkahwin dengan Datuk Khalid pada tahun 2007 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4 tahun dan Muhammad Afwa, 10 bulan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, beritakopak

[2] Gambar dan video, aafiyahkhalid, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.