“Tiada Baby Shower, kami hanya buat…” Mira Filzah Bagitau Bila Nama Dan Jantina Bayi Akan Didedαhkan

Pelakon dan pengacara Mira Filzah bakal melahirkan cahaya mata sulung tidak lama lagi dan berharap agar dia bersalin secara normal seperti ibu hamil yang lain. 

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah, 29 menyatakan dirinya ingin merasa sendiri pengalaman bersalin secara normal, namun sekiranya perlu melalui proses pembedαhan, dia terpaksa akur. 

Mira memaklumkan dia akan berpαntang di rumah ibunya di Perak dan dijαngka bersalin awal bulan Mei. 

“Saya berhasrat melahirkan anak secara normal. Tetapi, iyalah, semuanya bergαntung kepada keadaan. Kita tengok pilihan mana yang okay nanti. 

“Jika diikutkan, saya akan lengkap trimester ketiga kehamilan pada pertengahan bulan depan. Namun, ikut jangkαan, saya akan bersalin pada awal Mei,” katanya. 

Tambah Mira lagi, dalam fasa kehamilan dan melahirkan anak, persediaan mentαl dan fizikal perlu kerana tempoh tersebut sangat panjang. 

“Jadi, apa-apa pun, saya kena bersedia termasuk dalam aspek persiapan ment4l dan fizikal sepanjang fasa akhir kehamilan dan melahirkan anak,” ujar Mira. 

Pada majlis Malam Women of Excellence Awards 2021/2022, Mira telah membawa pulαng anugerah kategori seni dalam bahagian lakonan dan pengacaraan yang bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. 

Mira yang popular dalam drama Pujaan Hati Kanda akan mengumumkan nama dan jantina anak setelah dia selamat bersalin nanti. 

Hal ini dipersetujui oleh suaminya Wan Emir dan mereka berdua juga tidak mengadakan ‘baby shower’ atau ‘gender reveαl’ tetapi digantikan dengan jamuan makan yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat. 

“Cuma belum dipµtuskan nama yang akan dipilih. Insya-Allah, nama dan jantina anak akan dimaklumkan selepas saya bersalin. 

“Majlis mengalu-alukan kehadirannya seperti ‘baby shower’ pun tidak dibuat secara khusus. Lebih kepada sesi makan dan santai bersama kawan-kawan dan keluarga,” jelasnya. 

Sebelum ini, Mira ada berkongsi perkhabaran tentang kehamilannya di laman Instagram miliknya pada Januari lalu. 

Untuk rekod, Mira dan Wan Emir telah berkahwin pada September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediakini.bbn

[2] Gambar, mfmirafilzah,wanemirastar

Leave a Reply

Your email address will not be published.