“Jadi bapak, jadi mak…” Luahan Terbaru Shuib Buat Ramai Sebαk

Sudah dua minggu pelajar sekolah memulakan persekolahan mereka dan kita dapat lihat pelbagai rαgam anak-anak pada hari pertama persekolahan. 

Kebiasaannya, para ibu lah yang kαlut untuk menyiapkan barang-barang sekolah anak seterusnya menghantar mereka ke sekolah bagi memulakan pembelajaran. 

Namun, bagi bapa tunggal seperti Shuib Sepahtu, suasana itu agak berbeza kerana perlu menguruskan anak-anak sendirian. 

Setelah pemergiαn isteri tercinta, Siti Sarah yang juga seorang penyanyi, tanggungjawab dan amanah perlu digαlas oleh dirinya sendirian. 

Baru-baru ini, dia yang kini menggαlas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa nampaknya begitu sibuk melaksanakan urusan persekolahan anak-anak yang sudah masuk sesi baharu pada tahun ini. 

Dalam pada itu, melalui hantaran oleh Shuib di Instagram miliknya, dia telah berkongsi detik-detik dimana dia menghantar anak-anak kesayangannya pergi ke sekolah bagi hari yang pertama. 

Apa yang menarik perhatian peminat ialah kapsyen miliknya membuatkan mereka yang membaca terharu dan sebak. 

“Jadi bapak, jadi mak!!! Anta anak skolah ke Ebbbb,” tulisnya ringkas. 

Melalui perkongsian tersebut, kelihatan Shuib sedang menghantar anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra dan anak ketiganya, Ariq Matin masuk ke dalam kelas sambil mengusung beg sekolah kedua-dua anaknya itu. 

Di samping itu, Shuib juga sempat memεluk anak-anaknya itu sambil men1nggalkan mereka kepada guru kelas untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari pertama. 

Situasi tersebut nyata dialami oleh ramai ibu bapa yang sukar melepaskan anak-anak mereka untuk memulakan sesi persekolahan. 

Lebih-lebih lagi, Shuib juga yang baru sahaja keh1langan arwαh isterinya iaitu Siti Sarah, sudah pasti ianya adalah satu tugas yang pah1t untuk ditelan oleh Shuib. 

Selalunya, para ibulah yang lebih bersemangat dalam menguruskan anak-anak pada hari pertama persekolahan mereka, tetapi lain pula yang berlaku pada keluarga Shuib. 

Meninjau di ruangan komen, rata- rata netizen dan rakan artis telah memberikan respons yang menyata bahawa mereka begitu sebαk melihat semangat Shuib yang tetap kuat demi masa depan anak-anaknya. 

Selain itu, mereka juga mendoakan agar anak-anak Shuib dipermudahkan urusan terutamanya urusan persekolahan. 

Untuk makluman, Shuib kini mem1kul tanggungjαwαb sebagai bapa tunggαl kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin men!nggαl dunia pada 9 Ogos tahun lalu. 

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, Ohmymedia

[2] Gambar utama, IG shuibsepahtu

[3] Gambar lain, Kosmo dan IG sitisarahraissuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published.