Tegar Bawa Pulang Wang Kemenangan, Sekali Ini Yang Bakal Dilakukannya

Beberapa hari lepas, program Big Stage menutup tirai dan juara pertandingan menyanyi telah diumumkan.

Elica Paujin selaku juara Big Stage 2022. membawakan dua lagu iaitu Cinta & Believer berduet bersama Hael Husaini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Manakala, Tegar telah mampu membawa wang kemenangan sebanyak RM10,000 dan dia menjelaskan bahawa wang tersebut bakal digunakan untuk menyara keluarganya.

“Apabila bertanding mesti mahu menang, tetapi saya tidak terlalu meletakkan harapan ke arah itu. Saya terima rezeki yang telah diberikan ini.”

Selain itu, dia menjelaskan bahawa wang itu akan digunakan untuk membina rumah baharu dan membuka perniagaan dan berkemungkinan untuk berniaga makanan.

Katanya lagi, wang itu juga akan digunakan untuk membeli gitar baharu.

Untuk pengetahuan umum, Tegar menduduki tempat ke-5 dalam program nyanyian itu.

Sepanjang program nyanyian selama 8 minggu itu, dia akui banyak pengalaman yang ditimba dan sedikit sebanyak mampu mengubah hidupnya.

“Kalau dahulu saya lebih santai sahaja tetapi sekarang ia mengajar saya untuk bekerja lebih gigih dengan kemampuan yang dimilik.”

“Selain itu, saya juga banyak belajar tentang teknik vokal” katanya.

Sebelum ini, tegar mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 ketika berusia 19 tahun, mengulas mengapa dia memilih untuk berkahwin di usia muda, Tegar berkata mahu elak daripada zi’na.

“Kerana mahu menghulangkan zi’na,” katanya.

Dalam pada itu, Tegar juga memberitahu sejak mendirikan rumah tangga dia sudah jarang melepak bersama kawan-kawa serta fokus pada video YouTube dan hanya fikir tentang keluarga.

“Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya,” katanya.

Sumber:

[1] Rujukan, mStar

[2] Gambar 1, Tribunews

[3] Gambar 2, Murai

[4] Gambar 3, Info Panduan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.