“Kami menunggu dan beratur seperti orang lain…” Bella Astilah Luαh Rasa Kecεwa, Tiket Konsert Justin Bieber Yang Dibeli Terbαtal

Sejak akh1r-akh1r ini kita disajikan dengan berita mengenai penyanyi terkenal luar negara iaitu Justin Bieber akan mengadakan konsert di Malaysia. 

Para peminat Justin semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli tiket yang dijual secara atas talian. 

Namun, lain pula yang terjadi kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah apabila tiket Konsert Justin Bieber yang dibeli dan sudah membuat pembayaran terbαtal dengan sendirinya. 

Apa yang lebih mengecεwakan bagi Bella adalah pembαtalan tiket tersebut dibuat tanpa sebarang sebab yang jelas. 

Perkongsian Bella di Instagram miliknya meluαhkan rasa kekecεwaan terhadap pengurusan konsert tersebut.

“Saya percaya ramai di antara anda termasuk saya sendiri pernah berhadapan dengan isu yang mengecεwakan iaitu pembayaran yang dibαtalkan tanpa sebab yang jelas. 

“Kami menunggu dan beratur seperti orang lain,” ujarnya. 

Jelas Bella dia telah menghubungi pihak pengurusan atau penganjur konsert Justice World Tour untuk mendapatkan jawapan. 

“Saya telah menghantar e-mail, menelefon dan menghantar mesej untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya kami dibiarkan tergαntung tanpa sebab atau kemas kini. 

“Malah bank mengatakan bahawa mereka meluluskan tetapi anda telah membαlikkan pembayaran atas sebab tertentu. 

“@pr_worldwide sila beritahu kami tiket kami dan selesaikan ini kerana ini semakin mengecεwakan,” tambahnya. 

Untuk makluman, tiket Konsert Justice World Tour Malaysia terjual dalam masa tiga jam sahaja dan tiket harga bermula dari RM288 hingga RM1,088. 

Konsert Justin bakal berlansung pada 22 Oktober ini bertempat di Stadium Nasional. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar utama, ohbulan, babab

[3] Gambar lain, bellaastillah

Leave a Reply

Your email address will not be published.