
Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulung pada 31 Januari lalu, namun masih belum mendedahkan nama dan wajah anaknya.
Intan dan suaminya yang juga seorang pelakon, Harris Alif akhirnya membuat keputusan mendedahkan wajah serta nama anak mereka di laman Instagram milik mereka.
Memilih tarikh 1 Ramadhan untuk berkongsi nama puteri sulung mereka, Evie Khadeeja kepada para peminat yang setia menunggu perkembangan keluarga bahagia ini.
“Salam Ramadan dari kami, Harris, Intan dan baby Evie Khadeeja,” tulis Intan di Instagramnya.
Manakala di akaun Instagram Harris turut berbuat perkara sama dengan berkongsi foto mereka bertiga bersama-sama.
“Salam Ramadhan Al Mubarak. Foto pertama kami bersama bidadari kecil, Evie Khadeeja,” kongsi Harris.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan anak pasangan ini serta turut gembira dengan perkongsian itu.
Untuk rekod, Harris dan Intan telah berkahwin pada 5 Februari 2022 di Kuala Lumpur yang pada ketika itu Intan berusia 40 tahun manakala Harris, 23 tahun.
Pasangan romantis ini juga sebelum ini sepakat merahsiakan kehamilan Intan sehingga pada penghujung tahun lalu apabila para peminat dapat mengesan perubahan pada Intan.
Selain itu, Intan juga dikejarkan ke hospital kerana positif cov1d 19 ketika hamil pada penghujung tahun lalu.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, gempak
[2] Gambar utama, intanladyana, hijabista
[3] Gambar lain, harrisalif