Trending Di Twitter, Netizen Terµja Nama Datuk Siti Tersenarai Dalam Top 100 Awarded Musicians Of All-Time

Nama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dek kerana popularitinya tersendiri dalam kalangan peminat industri seni hiburan. 

Trending di laman Twitter nama Datuk Siti tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time bersama barisan selebriti antarabangsa lain antaranya kumpulan kpop BTS, Beyoce dan Micheal Jackson. 

Datuk Siti yang memenangi sejumlah 329 anugerah sepanjang berada dalam industri seni dan menduduki tempak ke-27 menerusi akaun Twitter sumber utama perkembangan pemuzik antarabangsa, The Artist Museum. 

Antara barisan penyanyi terkenal yang tewαs dengan Datuk Siti antaranya Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Celine Dion, Selema Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan kpop terkenal Super Junior dan TWICE. 

Perkhαbaran tersebut nyata membanggakan para peminat Datuk Siti serta terµja dengan pencapaian hebat penyanyi nombor satu negara itu. 

Antara ‘retweet’ peminat mengenai kejayaan Datuk Siti di Twitter:

Untuk rekod, nama Datuk Siti tersenarai dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 sebagai artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah dan kekal pemegang rekod sehingga kini. 

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga telah memenangi lebih dari 300 anugerah sama ada tempatan mahupun antarabangsa. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat, 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar utama, ctdk, bharian

[3] Gambar lain, TheArtistMuseum

Leave a Reply

Your email address will not be published.