
Pernikahan merupakan momen bersejarah dalam kehidupan kita dan proses sebelum majlis pernikahan juga merupakan waktu yang agak ‘stru’ggle’ bagi bakal-bakal pengantin.
Persediaan perlu dilakukan seperti menyediakan pelbagai dokumen untuk menjamin kelancaran majlis pernikahan supaya tidak timbul sebarang masa’lah.
Berbeza pula kali ini, apabila seorang pengguna Tiktok bernama @soya.naraa berkongsi detik-detik mence’maskan apabila pernikahan mereka dira’gukan oleh imam.
Situasi bermula apabila nama bapa mereka kebetulan sama dan imam harus menelefon ibu-bapa kedua-dua pengantin sebelum majlis berlangsung.
Seperti gambar diatas, imam yang bertugas khuatir jika mereka adalah adik-beradik kerana bapa mereka benar-benar sama, walaupun alamat rumah mereka menunjjukkan alamat yang berbeza.
Video itu berjaya meraih tontonan sebanyak 1.7 juta, 168.8 K tanda suka dan 2.1 K komen.
Perkongsian video itu boleh ditonton seperti berikut:
Hasil tinjaun di ruangan komen, warganet memuji tindakan te’gas dalam menjalankan tanggungjawab mereka terutamanya dalam menjaga pertalian da’rah itu.
Selain itu, ada juga mengakui perkara sebegini jarang berlaku dan sesetengah itu berkongsi perkara sama melibatkaan diri sendiri dan ahli keluarga mereka sendiri.
@Adam: susah jumpa nama ayah sama.
@AqilMikael2019: Samalah seperti saya dan suami… ayah dia Ismail,abah saya Ismail…Time best isi borang sekolah anak,nama waris dan ibu bin binti sama…
@Salmon: ini bukan double check ni, ni dah triple, Fourth, fifth,sixth, seventh check salute kat pak imam sebab alert
Sumber:
[1] Rujukan, Oh My Media
[2] Gambar dan video, @soya.naraa