
Sebelum ini, peminat dikejutkan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti sebagai juri program Big Stage 2022.
Dan kali ini, Tokti menarik perhatian ramai dan dipujia ramai apabila menjadi pembaca berita.
Video itu dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok yang bernama @dagulekuk.
Berdasarkan video tersebut, Tokti dilihat berbakat dalam membaca berita dan mencuit hati perminat dengan kecomelannya.
Video itu boleh ditonton seperti berikut:
Video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 57.6 K dan 3.1 K tanda suka.
Hasil tinjaun di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan bakat serba boleh penyanyi no 1 itu dan meninggalkan pelbagai reaksi positif.
@_ashSB: kalau macam ni, tiap2 masa pun sanggup dengar berita
@Mizan Md Noor: klu toktie baca berita 2jam pun aku tggu hbs..best doh
@Kenny 1989: Kalo pembaca berita mcm ni, berita yg ingin disampaikan tak penting da tgk dia bcakap je cukup
Sumber:
[1] Rujukan, HCL
[2] Gambar dan video, @dagulekuk