(Video) “Yusuf terjaga subuh tadi menαngis…” Hanis Zalikha Kongsi Momen Yusuf Iskandar Pertama Kali Puasa

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha sering dipuji ramai kerana cara didikan yang diberikan kepada anak-anaknya sehingga menjadi contoh kepada orang ramai. 

Umum mengetahui anak sulung Hanis dan Hairul Azreen sudah memasuki usia 5 tahun turut menjadi perhatian para peminat kerana tingkahnya yang berbudi bahasa. 

Ramadhan kali ini sungguh bermakna buat pasangan ini kerana anak lelakinya, Yusuf Iskandar berpuasa untuk pertama kali. 

Berkongsi perkara tersebut di laman Instagram milik anaknya, theyusufiskandar perjalanan seharian Yusuf berpuasa penuh. 

“Selalu orang tanya bila Yusuf akan puasa. I just smile and say when he’s ready. Comel sangat today dia nak try,” kapsyennya. 

bercerita tentang anaknya yang menαngis kerana ingin puasa dan ingin mendapatkan pahala membuatkan Hanis terharu dan sepanjang sehari Yusuf berpuasa, Hairul sentiasa berada disamping Yusuf memberi sokongan.

Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi video perjalanan puasa Yusuf dan berharap suatu hari nanti Yusuf dapat melihat kembali momen ini. 

“Yusuf terjaga Subuh tadi menαngis. Daddy tanya why, dia jawab “I want to puasa, I want pahala”. Daddy terus bawak tµrun sahur and support dia the whole day. 

“Yusuf satu hari nanti tengok video ni okay, your first day of puasa on your own will. 9 April 2022. Alhamdulillah good practice sayang,” tambahnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji semangat yang ditunjukkan oleh Yusuf yang ingin berpuasa. 

Untuk rekod, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 5 tahun dan Alisa Aisyah, 3 tahun. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, xtra

[2] Gambar dan video, theyusufiskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published.