
Pemilik nama Ummi Nazeera sudah jαrang muncul di kaca televisyen dan lebih sibuk menguruskan hal rumah tangga.
Peminat Ummi pastinya ternanti-nanti kemunculan pelakon kegemaran mereka untuk muncul kembali dalam sebarang drama atau filem.
Terkini, Ummi bakal muncul semula di layar perak digandingkan bersama Alif Satar yang sememangnya umum mengetahui bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka berdua.
Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Ummi di laman Instagram miliknya, pratonton drama terbaharu yang bakal ditayangkan di kaca televisyen.
Dengan perkongsian ini, maka terubatlah kerinduan para peminat yang sering menanti untuk melihat Ummi kembali aktif dalam bidang lakonan.
“Jαngan risαu bila cinta bertepuk sebelah tangan. Risαu lah bila kita tak mαmpu mencintai seseorang dengan segenap keikhlasan” – Hayfa
kapsyen dan tanda pagar di Instagramnya sudah memberi bayangan drama yang akan ditayangkan serta kisah yang sepastinya membuatkan para penonton tertarik dan melekat di kaca televisyen.
Meskipun sudah berumah tangga dan mempunyai anak, namun Ummi masih diberi tanggungjawab untuk mendukung watak utama dalam sesebuah drama kerana kebolehannya.
Bukan sahaja cantik dan berpewatakan sopan santun, bahkan berbakat besar dalam menghayati sesebuah watak yang dibawa membuatkan para peminat setia dengan Ummi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya sudah tidak sabar untuk menonton drama terbaru Ummi dan menanyakan bila drama tersebut akan ditayangkan.
Selain itu, ada juga yang teruja apabila dapat tahu salαh seorang artis kegemarannya akan berlakon kembali.
Untuk rekod, Ummi Nazeera dan suami telah berkahwin pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayra Aneesah, 4 tahun dan Aysha Arsylia, 10 bulan.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, kdnews
[2] Gambar utama, umminazeera