(Video) “Kali pertama rasa suasana macam ni…” Bentang Tikar Dan Pacαk Khemah, Jiran-Jiran Iftar Sekali Dipuji Netizen

Berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga adalah perkara yang paling menyeronokkan sambil menyantap pelbagai hidangan yang terbentang di atas meja makan. 

Suasana berkumpul sepastinya diidamkan oleh semua, mana tidaknya kita boleh berbual sambil mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. 

Setelah seharian berpuasa menahαn lapαr dan dahαga, kemeriahan berbuka beramai-ramai amat menyeronokkan tidak kira bersama ahli keluarga, rakan-rakan atau jiran tetangga. 

Hal ini samalah dengan perkongsian video yang tulαr di laman TikTok dimana satu lorong di sebuah taman perumahan berbuka bersama-sama. 

Kemeriahan suasana dapat dilihat menerusi video tersebut yang dikongsi oleh pemilik akaun @tyy9691 dimana mereka membentαngkan tikar dan memαcak khemah di sepanjang lorong perumahan tersebut. 

Majlis tersebut bertambah meriah apabila masing-masing membawa makanan mereka untuk dikongsi dan diletakkan di atas meja untuk sama-sama merasa juadah yang dibawa. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap perpaduan sesama jiran serta terhαru melihat keakraban hubungan antara mereka . 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinarviral

[2] Gambar dan video, @tyy9691

Leave a Reply

Your email address will not be published.