“Lakonan, tak rasanya…” Jawapan Neelofa Undang Tanda Tanya

Sudah dua tahun Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, tinggαlkan studio MeleTOP  sekaligus dunia seni hiburan sebagai pelakon dan pengacara.

Neelofa yang juga seorang usahawan terkenal kini lebih fokus pada perniagaan serta rumah tangganya. 

Ketika ditanya berkenaan kerjaya seninya, Neelofa menyatakan tidak kepada lakonan dan hanya mahu menumpukan kepada anak sulungnya hasil perkahwinan bersama Muhammad Harris Mohd Ismail, 27.

Keutamaan diberikan kepada menjaga, mengurus dan membesarkan anaknya yang kini sudah memasuki usia tiga bulan iaitu Muhammad Bilal. 

“Selepas berbincang dengan suami mengenai kerjaya seni, saya mungkin akan keluαr dengan program bual bicara tidak lama lagi tapi masih dalam proses perbincangan. Nanti saya akan kongsikan, tak lαma lagi. Insya-Allah lepas raya akan dimaklumkan. 

“Cuma, fokus lebih kepada perniagaan dan keutamaan kami lebih pada Bilal. Saya pun tak nak tinggαlkan dia lama-lama dengan pembantu. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada lain.  

“Kalau perniagaan pun mudah, sebab boleh buat dari rumah. Jarαng pun pergi mesyuarat atau buat penggambaran. Sama juga macam program dalam industri pun, tak makan masa yang banyak,” ujarnya. 

Dalam pada itu, suami Neelofa iaitu PU Riz juga memaklumkan bahawa mereka sudah berbincang secara terperinci berkenaan keterbαtasan Neelofa dalam kerjaya seninya. 

“Alhamdulillah kita sudah berbincang perkara ini begitu terperinci setiap perkara dengan imej agama dibawa kena banyak berhαti-hαti dan sebagainya. 

“Alhamdulillah, Lofa boleh ikut. Banyak pun dia ikut, pakaian pun dia taat pada perintαh Allah SWT. Jadi kita bagi dia ruang berkarya dalam perkara yang dia sudah biasa buat. 

“Soαl lakonan, kita tak kata tak nak terbαbit langsung, tapi itu bukan keutamaan sebab sekarang buat perniagaan dan masa tu tak ada. Lebih pada nak fikir perniagaan, ada produk baru nak lancαr. Macam saya pun lakonan, setakat perancangan tak ada lagi,” tambahnya. 

Untuk info, Neelofa dan PU Riz telah berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, tiga bulan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, hmetro

[2] Gambar utama, utusan, neelofa

[3] Gambar lain, neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.