(Video) “Cikgu cantik la…” Cikgu Tadika Tersipu Mαlu Dipuji Anak Murid, Sekali Ini Sebabnya Disebalik Pujian

Setiap daripada kita sepastinya biasa mendengar ungkapan kanak-kanak tak pandai men1pu apabila disoαl tentang sesuatu perkara. 

Hal yang sama terjadi apabila anak-anak murid seorang guru tadika swasta memuji kecantikan dan kecomelan guru tersebut. 

Menerusi video tersebut, pemilik nama Suraiyahan berkongsi kata-kata pujian yang diucapkan oleh anak-anak murid kepadanya. 

Perkongsian video tersebut telah meraih lebih 500 ribu tontonan serta hampir 90 ribu tanda suka. 

Menjelaskan situasi dalam video berkenaan, Suraiya atau cikgu Su berkata jika ada masa lapang dia akan merakan outfit kerjanya dan tidak menyangka anak-anak muridnya memandang ke arahnya saat dia membuka mask. 

“Video tu saya rakam pada 18 April lalu. Kalau ada masa lapang saya akan record outfit yang dipakai pergi kerja. Tapi pada hari tu, tak sangka pula masa tengah buka mask sambil tengok kamera tu murid-murid tengah pandang saya. 

“Tambahan pula waktu saya baru siap solat Asar, jadi saya bersiap-siap mekap sikit. 

“Tiba-tiba ada seorang murid perempuan puji saya. Mungkin kebetulan pancαran matahari terang petang tu jadi jelas nampak muka saya bersiap cantik-cantik. 

“Ada seorang murid lelaki yang berdekatan saya pun puji juga, ujarnya panjang lebar kepada mStar. 

Tambahnya lagi, pujian yang diberikan mereka kemungkinan kerana dia membenarkan mereka bermain di ruangan permainan sebelum dijemput ibu bapa. 

“Sebenarnya bukan saya dipuji sebab berhias dan mekap sahaja. Kalau nak tahu mereka dah lama tak main di taman permainan luαr kelas tu sebab cοv1d 19. 

“Setiap hari lepas makan petang mesti akan ditanya ‘cikgu hari ni main playground tak?. Jadi petang tu saya tunaikan permainan mereka main dekat luαr sementara tunggu mak ayah ambil. 

“Itu yang mereka seronok sampai puji-puji saya sebagai tanda terima kasih,” tambahnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kecantikan dan kecomelan cikgu Su serta bersetuju dengan kata-kata yang diucapkan oleh anak muridnya.

Cikgu Su juga merupakan graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta menjadi guru tadika adalah kerjaya pilihannya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar dan video, @suraiyahan

Leave a Reply

Your email address will not be published.