
Tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sepastinya ramai sudah mula membuat persiapan untuk menyambut perayaan.
Tidak kira dari segi persiapan kuih raya atau pakaian raya, semua sudah mula sibuk dengan persiapan masing-masing.
Dapat dilihat di pelbagai platform media sosial, pelbagai persiapan raya dikongsikan oleh rata-rata pengguna untuk berkongsi tip atau resepi.
Seperti perkongsian gadis ini di laman TikTok miliknya, dimana dia berkongsi tutorial tudung untuk digayakan pada Syawal nanti.
Memilih tutorial tudung yang digayakan oleh pelakon Izara Aishah, pemilik nama Wasiqah Hamid berkongsi semula tutorial tudung tersebut.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah wajah Wasiqah yang dikatakan mirip dengan usahawan terkenal, Neelofa.
Memiliki bentuk mata yang sama dengan bekαs pengacara MeleTOP, malah gadis ini turut dipuji dengan kecantikan semula jadinya.
Gadis ini juga sempat bertanyakan soalan sambil ‘mention’ nama Izara Aishah bertanyakan sama ada tutorial tudung tersebut sama atau tidak dengan Izara Aisha.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wajah gadis ini mirip sekali dengan Neelofa.
Sekadar info dan sempga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, himpunanceritalawak
[2] Gambar, @wasiqahhamid