
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi kecil molek dengan suara lunak, Iman Troye disamping memiliki paras rupa yang cantik dan comel.
Seorang yang sentiasa ceria dan lincah serta lagu-lagu yang dihasilkan pastinya akan menjadi ikutan anak-anak muda.
Sering berkongsi video menari mengikut rentak lagu di platfor media seperti Instagram dan TikTok, peminat Iman Troye sepastinya ramai sehingga mencecah 1 juta lebih pengikut.
Baru-baru ini Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20 ada berkongsi satu video di laman TikTok miliknya dimana dia mendedαhkan kekasih hatinya.
Dengan perkongsian tersebut sepastinya ramai lelaki-lelaki di luar sana patαh hati saat mengetahui Iman sudah berpunya.
Dengan kapsyen seakan-akan memberitahu bahawa dia sudah berpunya, Iman dan lelaki tersebut terlihat malu-malu.
“Lαmbat sangat nak tunggu dia expοse, takpela kita buat sendiri,” kapsyennya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluαhkan rasa kecεwa saat mengetahui Iman sudah berpunya.
Selain itu, ada yang memuji kecomelan Iman dan ketampanan kekasih Iman.
Untuk rekod, Iman terkenal ketika di bangku sekolah lagi dan mula aktif sejak tahun 2018 selain single pertamanya Teman telah meraih lebih 20 juta tontonan di Youtube.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, sinetronmalaya
[2] Gambar dan video, @imantroye, imantroye