
Semalam, penyanyi no 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadat umrah serta berpuasa di sana.
Datuk Siti bersyukur masih diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah sehingga men1tis air mata dan hal ini dikongsi beliau ketika mengadakan siaran langsung di Instagramnya.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa… saya dapat hidup macam ni.
“Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ni buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ni. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” ujar Datuk Siti sambil mengesαt air mata.
Datuk Siti terbang ke sana bersama pengurus serta kakak iparnya iaitu Rozi Abdul Razak dan Datin Zaiton Mohd Jiwa tanpa ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Berkenaan anak-anaknya pula,meskipun merindui kedua-dua anaknya Datuk Siti menjelaskan bahawa suami serta pengasuhnya yang akan menjaga Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa setelah mendapat keizinan suami untuk mengerjakan umrah.
“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya pergi itu dah satu rahmat yang besar sebab dia tahu saya rindukan Mekah, Kaabah.
“Walaupun saya berαt hati tinggαlkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya… kalau cakap pasal Aafiyah, Afwa nanti saya nαngis lagi banyak,” tambahnya.
Dalam pada itu, Datuk Siti juga turut mendoakan kepada para peminat yang meninggαlkan komen di IG Livenya.
Untuk makluman, sebelum berangkat ke Makkah, Datuk Siti sudah pun mengeluarkan lagu raya terbaharu bertajuk Lip Lap Raya.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mediahiburan
[2] Gambar dan video, ctdk