(Video) Tulαr Dua Kanak-Kanak Hafal Al-Quran 30 Juzuk Sekali Terjemahan, Ini Gelarαn Yang Diberi Orang Ramai

Sejuk perut ibu mengandung, itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan apabila melihat anak-anak memiliki keperibadian yang baik. 

Menerusi satu perkongsian di lama TikTok dimana video dua orang kanak-kanak sedang diuji hafazan al-Quran oleh seorang lelaki. 

Apa yang lebih menariknya, mereka berdua tidak menunggu lama untuk menuturkan potongan ayat al-Quran yang diajukan oleh orang dewasa. 

Hal ini sama sekali mengagumkan mereka yang melihat sehingga mengelilingi kedua kanak-kanak hafiz al-Quran tersebut. 

Bukan itu sahaja, mereka berdua juga dapat menterjemahkan potongan ayat tanpa melihat sehingga diberi gelaran Google al-Quran. 

Menurut pemilik akaun @ndorobeii, kedua kanak-kanak ini sudah kehilαngan orang tua mereka serta sudahpun terkenal di luar negeri. 

“Dua anak yatim yang dijuluki google Alquran, viral di luar negeri. Berkat mereka lah Alquran tidak bisa diubah walau satu huruf saja,” tulis @ndorobeii.   

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah hampir 300 ribu tontonan beserta 50 ribu tanda suka. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan luar biasa kedua kanak-kanak itu sambil menyatakan mereka tidak mampu untuk melakukan seperti adik-adik ini. 

Selain itu ada yang meluahkan perasaan bangga serta mengucapkan keberuntungan ibu bapa yang memiliki kanak-kanak tersebut. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinarviral

[2] Gambar dan video, @norhasidahismail

Leave a Reply

Your email address will not be published.