
Pada tanggal 31 Januari lalu, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah hοspitαl di Kuala Lumpur.
Kini, usia anak sulungnya sudah menginjak ke 2 bulan lebih namun Neelofa masih merαhsiakan wajah anak lelakinya itu.
Keputusan dibuat sudah disepakati oleh dirinya dan suaminya iaitu Harris Ismail atau PU Riz yang juga berupakan pendakwah bebas.
Meskipun begitu, para peminat masih dapat mengikuti perkembangan anak Neelofa yang diberi nama Muhammad Bilal kerana Neelofa sering berkongsi perkembangan anaknya di laman media sosial seperti Instagram dan TikTok.
Terbaharu, Neelofa telah berkongsi wardrobe Bilal yang dipenuhi dengan baju-baju yang comel untuk tatapan peminat.
Perkongsian tersebut di muat naik ke Insta Storynya dimana dia menunjukkan pakaian, selimut, tepi serta kelengkapan lain untuk anaknya itu.
Menurutnya lagi, dia terlalu obsεs melihat anaknya memakai topi, jadi almari anaknya dipenuhi dengan pelbagai jenis topi.
“Ini rah’sia Muhammad Bilal. Topi dia punyalah banyak dan macam-macam warna mak dia beli.”
“Sebab mak dia ob’ses bila dia pakai topi ya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Neelofa juga berkongsi tentang pakaian anaknya yang sudah tidak muat dan mengasingkannya.
“Baju yang tak muat..nak simpan elok-elok dalam kotak. Supaya boleh dipakai balik nanti for the next baby, InshaAllah” tambahnya.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan,
[2] Gambar,