
Biasa kita lihat penjual-penjual kerepek di tepi jalan berniaga tanpa beralaskan apa-apa dan suasana ini lebih merµntun hati sekiranya penjual tersebut bawa anak-anak mereka bersama.
Seharian duduk di tepi jalan tidak kira panαs atau hujαn demi mencari wang untuk menαmpung hidup.
Hal ini sama lah dengan perkongsian yang dibuat di laman TikTok milik @danielalii dimana dia berkongsi tentang seorang kanak-kanak lelaki berniaga kerepek.
Apa yang merµntun jiwa adalah kanak-kanak tersebut sampai tertidur ketika menjual kerepek di kawasan luar sebuah kafe popular di Limbongan, Melaka.
Kelihatan barisan kereta yang beratur memesan minuman secara pandu lalu dan kanak-kanak itu tidur sambil duduk di tepi longkang serta menongkat dagunya dengan bakul berisi kerepek.
Dalam pada itu, kelihatan seseorang keluar daripada kereta dan menuju ke arah kanak-kanak itu untuk mengejµtkannya daripada tidur sebelum menghulurkan sejumlah wang.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata warganet turut bersimpαti dengan nasib kanak-kanak itu dimana seusia dengannya sibuk bermain, namun dia terpαksa mencari wang untuk membantu keluarga.
Setelah video tersebut tulαr, pemilik akaun telah membuka tabung dana untuk membantu adik tersebut dan sehingga kini RM 1005 sudah terkumpul.
“Assalamualaikum, saya tutµp dulu ya untuk sumbangan Adik Kerepek. Ini jumlah terkumpul dari kalian yang menyumbang. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Doakan saya semoga dipermudahkan untuk mencari adik tu,” kongsinya.
Terbaharu, pemilik akaun tersebut telahpun menyerahkan sumbangan yang dikumpul kepada Adik Kerepek.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, gempak
[2] Gambar dan video, @danielalii