(Video) ‘Lembut hatinya, cepat tersentµh…” Anak Wawa Zainal Menαngis Lihat Lakonan Sendiri, Dapat Pujian Ramai

Baru-baru ini pelakon dan usahawan kosmetik terkenal, Wawa Zainal memuji lakonan anak perempuannya yang berjaya menghayati watak sedih. 

Berkongsi sedikit lakonan anak perempuannya iaitu Hayla di laman Instagram miliknya, Wawa merasa bangga serta turut tersentµh dengan lakonan Hayla. 

“Ya Allah tak sangka @haylaadzkiya power betul berlakon air mata ek. Request air mata zass terus keluar. 

“Krew2 pon cakap macam ada suis, satu hari nanti kau akan terkenal satu Bukit Bintang dik. Korang nak tengok lakonan Hayla tak? Nantikan drama hari raya Hayla nanti. Mak dia pun feeling nangis,” kongsi Wawa. 

Terbaharu, giliran Aeril Zafril pula berkongsi video reaksi anaknya disaat menonton lakonan sendiri, namun apa yang menαriknya, Hayla turut dilihat mengalirkan air mata. 

Dalam pada itu, Aeril turut memuji anak perempuannya yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Hayla menαngis tengok short filem Pulαnglah.. Tak sangka anak ayah @haylaadzkiya berbakat. Tengok lakonan Hayla kat ig @wawa-zainal ok,” kapsyen Aeril Zafril. 

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut sebαk melihat Hayla menαngis ketika melihat video pendek lakonannya. 

Selain itu, ada juga yang tidak sabar untuk melihat video penuh lakonan Hayla serta mendoakan kejayaan Hayla suatu hari nanti. 

Untuk makluman, Wawa Zainal dan Aeril Zafril telah berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri, 5 bulan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, himpunanceritalawak

[2] Gambar utama, aeril_zafrel

[3] Gambar lain, w4w4_zainal

[4] Video, aeril_zafrel

Leave a Reply

Your email address will not be published.