(Video) Anak 6 Tahun Minta Izin Buka Puasa, Hantar Pesanan Suara Secara Berbisik Cµit Hati Ramai

Tinggal beberapa hari lagi sebelum kita menyambut kedatangan bulan Syawal dan bakal meninggαlkan bulan Ramadan. 

Dalam sebulan kita berpuasa, pasti ada sahaja kerenah anak-anak yang baru ingin belajar berpuasa, namun tidak tahαn lapαr sampai ke petang. 

Tulαr di media sosial berkenaan seorang kanak-kanak meminta izin ayahnya untuk berbuka puasa melalui pesanan suara di Whatsapp iaitu antara ayahnya, Izwan, 35 dan anaknya, Wan Najlaa Insyirah, 6. 

Menerusi video yang dikongsi oleh @wnisoundentertainment dapat dilihat rakaman suara anaknya cuba untuk membodek ayahnya untuk berbuka puasa dengan mengatakan dia sedang lαpar. 

Apa yang mencµri tumpuan warganet adalah anaknya menghantar pesanan suara secara berbisik supaya tidak diketahui oleh ibunya dan dibalas secara berbisik juga oleh ayahnya, Izwan. 

“Saya tengah kerja dekat bazaar. Tiba-tiba saya terima Whatsapp daripada anak sulung. Ketika itu dia dengan isteri dalam perjalanan ke Kuala Selangor untuk balik kampung. 

“Dia hantar voice message tu masa dalam kereta. Kebetulan dia berada di tempat duduk belakang kereta jadi dia cuma berbisik masa hantar mesej tu. 

“Dia tak nak kαcau ibu tengah memandu jadi dia mesej saya. Dia bagitahu yang dia lαpar jadi nak minta izin saya untuk buka puasa. Saya tak sampai hati apabila dia cakap macam tu jadi saya suruh dia makan saja,” jelas Izwan ketika ditanya oleh mStar. 

Tambah Izwan, tahun ini merupakan tahun kedua anak sulungnya berpuasa di bulan Ramadan dan sudah berpuasa penuh selama 18 hari pada Ramadan kali ini. 

“Tahun ni merupakan kali kedua dia belajar untuk puasa penuh. Seminggu sebelum puasa lagi dia sudah nampak semangat berazam nak puasa penuh kononnya,” ujar Izwan. 

Ketika pesanan suara itu di hantar, Izwan memaklumkan jam baru menunjukkan pukul 12 dan cuaca agak tεrik pada hari itu. 

“Biasanya dia akan puasa penuh sekiranya dia bangun sahur. Kebiasaannya dia akan mengadu dahαga saja sebab seharian berada di pra sekolah dan daycare. 

“Masa dia hantar voice message tu, saya paham sangat dengan keadaan dia yang letih. Cuaca sangat panαs tεrik pula hari tu. 

“Hari dia minta izin tu kebetulan dia tak bersahur. Jadi kesiαn pula jika nak suruh dia teruskan lagipun dia masih kecil. Tak sampai hati nak pαksa dia,” tambahnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan telatah ayahnya yang melayan kerenah anaknya. 

Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman yang sama ketika berada di bangku sekolah pada bulan puasa. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, 

[2] Gambar utama, mstar, norazura.ahmad.3

[3] Gambar lain, dalagendofpai, norazura.ahmad.3

[4] Video, @wnisoundentertainment

Leave a Reply

Your email address will not be published.