(Video) “Saya rasa sebαk dan bersyukur…” Seorang Wanita Sempat Rakam Kalimah Allah Pada Malam 27 Ramadan, Bµkti Kebesαran Allah SWT

Pada malam-malam terakhir Ramadan, setiap daripada kita berharap untuk bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 malam iaitu malam Lailatul Qadar. 

Sebαk dan syukur dapat melihat kebesaran Allah adalah sesuatu perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh seseorang. 

Begitulah perasaan yang dialami oleh Nur Zahirah Ulfah apabila dapat menyaksikan detik kebesaran Allah swt dengan mata sendiri. 

“Saya berasa sebαk dan bersyukur kerana dapat melihat kebesaran Allah di malam 27 Ramadan ini,” ujarnya. 

Menurut Nur Zahirah, 30, dia sempat merakam awan berbentuk kalimah Allah di langit sekitar pukul 11.30 malam tadi. 

Berkongsi perkara tersebut di akaun Facebook miliknya, rakaman video tersebut telah mendapat 7 ribu tontonan dan 400 tanda suka. 

Menceritakan lebih lanjut, Nur Zahirahyang menetap di Jitra bersama suaminya, Muhammad Faiz Ismail, 32 serta seorang jiran, Nur Fatin Ibrahim, 33 sedang berbual-bual di luar rumah sebelum melihat awan tersebut. 

“Kerlipan cahaya di langit selama hampir sejam tanpa bunyi itu menyebabkan saya dan suami tergerak hati untuk merakam cahaya itu kerana kami belum pernah melihat situasi seperti itu,” jelasnya. 

Rakaman tersebut dibuat selepas mereka perasaan terdapat awan berbentuk kalimah Allah kelihatan disebalik cahaya kilat meskipun tiada bunyi gµruh.

“Lidah saya terkelu seketika sebaik sahaja melihat kalimah Allah terpancar bersama cahaya tersebut. 

“Kalimah Allah itu hanya kelihatan dalam tempoh 10 saat sahaja sebelum ianya hilang. 

“Saya anggap itu sebagai rezeki dari Allah SWT untuk saya melihat kebesaran-Nya,” tambahnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook terpegun dan memuji kebesaran Allah swt. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, kosmo

[2] Gambar dan video, eira.ulfah

Leave a Reply

Your email address will not be published.