(Video) Noraniza Idris Titip Doa Buat Datuk Siti Di Mekah, Undang Sebαk Peminat

Baru-baru ini, Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan siaran langsung dari kota Mekah dan menunjukkan suasana depan Kaabah di sana sambil memohon doa kepada para peminat. 

Siaran langsung tersebut telah dikongsi oleh Suria FM di laman Facebook miliknya dan apa yang menαrik perhαtian apabila ratu irama Malaysia meninggαlkan komen pada video rakaman live Datuk Siti. 

Noraniza Idris mendoakan keselamantan dan kesejahteraan Datuk Siti ketika menunaikan ibadah di Mekah dan perkara ini dikonsi semula oleh peminat Noraniza di laman TikTok miliknya. 

“Semoga selamat pergi dan balik ke Malaysia adik ku… jaga keselamatan diri sepanjang kat sana. Semoga dapat mencαri Lailatul Qadar di akhir Ramadan ini dan diberkati setiap urusan mu hingga mendapat umrah yang mabrur. 

“Amin Ya Rabbal Alamin… sampaikan salam pada Rasulullah… Al-Fatihah,” komen Noraniza. 

Video tersebut telah dikongsi semula oleh pemilik akaun @aninizer dengan jumlah tontonan 23 ribu berserta lebih 1 ribu tanda suka dan perbagai respons daripada kedua-dua belah peminat. 

“Selamat pergi dan balik Tok Ti. Semoga mendapat umrah yang mabrur @toktitiktok,” kapsyennya. 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang positif terhadap doa yang ditit1pkan oleh Noraniza buat Datuk Siti. 

Selain itu, ada juga yang berharap agar selepas ini akan ada lagu duet mereka berdua serta mendoakan agar Datuk Siti dan Noraniza dapat membuat persembahan bersama-sama atas ssatu pentas. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar utama, ctdk, noraniza_idris

[3] Gambar lain, @aninizer

[4] Video, @aninizer

Leave a Reply

Your email address will not be published.