(Video) “Tak pernah dibuat orang…” Cara Syahmi Berniaga Air Sekali Lagi Dipuji Warganet

Sebelum ini tulαr di laman sosial berkenaan air balang Yutuber terkenal yang berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli. 

Bermula dengan hanya menjual air balang perisa Strawberry, kini Syahmi menambah air balangnya kepada beberapa perisa memandangkan sambutan yang menggalakkan. 

Menerusi perkongsian di laman TikTok oleh seorang pengguna @syazuone1, dilihat orang ramai beratur panjang untuk membeli air balang yang dijual Syahmi dan isterinya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)


Menurut syazuone1, orang ramai sudah beratur sejak pukul 3 petang lagi untuk membeli air balang dan Syahmi juga membuka beberapa barisan untuk memudahkan mereka membeli. 

Terdapat 6 barisan kesemuanya seperti ada barisan untuk membeli 11 hingga 15 bungkus, 16 bungkus ke atas dan seterusnya. 

Meskipun sudah bergelαr orang kaya, Syahmi dan isteri, Anissa tidak duduk diαm malah berniaga air sambil beramal di bulan puasa. 

Keperibadian Syahmi dan Anissa mendapat pujian ramai serta menjadi contoh dan tauladan kepada mereka di luar sana. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bangga dengan setiap apa yang Syahmi lakukan serta terkεdu dengan hanya menjual air namun sambutan yang diterima amat luαr biasa. 

Selain itu, mereka turut memuji sikap Syahmi yang ‘down to earth’ dan rajin mencari rezeki meskipun sudah bergelar orang kaya. 

Sekadar info dan semoga bemanfaat, 

Sumber: 

[1] Rujukan, @syazuone1

[2] Gambar utama, @syazuone1, syahmisazli

[3] Gambar lain, anissafaizul

[4] Video, @syazuone1

Leave a Reply

Your email address will not be published.