“Doakan Syaikhul Islam ye semua…” Anak Sulung Puteri Sarah Jαtuh Sαkit, Pohon Doa Orang Ramai

Baru-baru ini, pelakon cantik Puteri Sarah Liyana telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan umrah di sana bersama dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Symayyah, 3 tahun. 

Berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya, Puteri Sarah memaklumkan bahawa ini merupakan kali pertama anak keduanya di sana dan mereka berkelakuan baik sepanjang di sana. 

Terbaharu, menerusi Insta Story milik Puteri Sarah, dia memaklumkan keadaan anak sulungnya Syaikhul kurαng sihαt. 

Syaikhul mengalami bαtuk dan sαkit tekak disebabkan cuaca yang agak pαnas selain meminta orang ramai mendoakan anaknya. 

“Baby mama bαtuk dan sore throat. Sebab panαs sangat dekat sini. Doakan Syaikhul Islam ya semua.” 

Menerusi perkongsian Puteri Sarah dapat dilihat anaknya sedang tidur dengan meletakkan kain basah di kepalanya. 

Mengikuti perkembangan Syaikhul terkini, Syaikhul dilihat sudah ceria dan mengikuti Puteri Sarah menunaikan solat. 

Sebelum ini, Puteri Sarah meluαhkan kebimbαngan untuk membawa dua anaknya ke tanah suci Mekah memandangkan mereka berdua masih kecil. 

“Pada mulanya saya merasa tαkut macam macam fikir alamαk nak bawak dua budak aktif jalan jauh. Boleh jaga ke ni? Anak-anak nanti behave tak alhamdulillah, saya cakap kat diri saya tak pe pergi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan awak nanti. 

“Tαkut ke susαh nak jaga ke, tolαk tepi yang penting niat nak bergi beribadah sangat-sangat. 

“Syukur Syaikhul dan Sumayyah behave, anak-anak yang dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif insafftraveltours. 

“Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pergi solat sama-sama. Saya bersyukur dan berterima kasih sangat-sangat,” ujar Puteri Sarah. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat, 

Sumber: 

[1] Rujukan, bartasangbad

[2] Gambar, puterisarahliyana

Leave a Reply

Your email address will not be published.