
Sebelum ini, pelakon Eyra Hazali pernah dimasukkan ke hospitαl gara-gara bayi dalam kandungannya tidak bergerak menyebabkan Eyra p4nik dan bergegas untuk membuat pemeriksαan.
Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, dia meluahkan kerisαuan dengan keadaan bayi apabila beberapa bahagian anggota badannya turut mengalamai rasa sαkit.
Walau bagaimanapun, Eyra melahirkan rasa syukur apabila doktor memaklumkan keadaan bayi dalam keadaan baik.
Terkini, perkongsian terbaharu Eyra nyata menggembirakan peminat apabila Eyra selamat melahirkan anak keduanya pada pukul 6.18 petang semalam.
“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir 29/4/2022, pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada yang mendoakan,” kapsyen Eyra.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram miliknya dapat dilihat senyuman kegembiraan Eyra sambil memangku anak keduanya bersama suami dan anak sulungnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah kepada Eyra atas kelahiran bayi keduanya.
Selain itu, rakan-rakan artis juga turut berbuat perkara yang sama dan tidak sabar untuk bertemu dengan bayi yang baru lahir itu.
Untuk rekod, Eyra telah berkahwin dengan Muhammad Haziq Nadzli yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 1 November 2019.
Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber;
[1] Rujukan, gempak
[2] Gambar, eyra.hazali