“Saya akan jaga semuanya..” Kini Sudah Bergelar Bapa, Iqbal Minta Tip Penjagaan Bayi Dari Orang Ramai

Penyanyi dan usahawan k0ntr0versi Iqbal Zulkefli baru-baru ini mendapat perhatian warganet sekali lagim setelah mendedahkan dia kini sudah bergelar bapa.

Perkara itu dikongsikan oleh Iqbal sendiri melalui laman sosial Instagramnya.

Menurut Iqbal, dia bersyukur kerana impiannya untuk menjaga anak angkat akhirnya dimakbulkan Allah S.W.T.

“Anak saya baru usia 7 hari. Ada nama sesuai untuk lelaki?,”

“Allah kabulkan doa saya. Jantinanya lelaki. Belum ada nama. Tali pusat pun belum gμgur. Saya tidak boleh tunjukkan muka lagi. Saya akan jaga semuanya; mandikan, bagi susu, tidur bersama saya,”

“Sesekali saya akan bagi ibunya jaga. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik, disayangi semua orang. Doakan saya juga dimurahkan rezeki untuk ada ramai lagi anak,”

“Siapa mahu bagi tip penjagaan bayi awal lahir? Atau ada nama yang sesuai untuk diberi? Boleh komen dibawah.”

Iqbal juga sempat berpesan untuk tidak mencium, dan menyentuh bayinya yang masih kecil itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang membantu Iqbal dengan memberikan beberapa nama yang baik sebagai rujukan.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Media Hiburan

[2] Gambar Utama, Instagram Iqbal Zulkefli

Leave a Reply

Your email address will not be published.