(Video) “Wahhh, first time ni..” Peminat Teruja, Dapat Lihat Keluarga Ustaz Azhar Idrus Buat Pertama Kali

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI bukanlah nama yang αsing lagi.

Rasanya semua orang mengenali UAI sebagai pendakwah atau ustaz yang sangat sempoi, tetapi boleh menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya semasa memberi ceramah.

Malah, cara penyampaian akan ceramah serta soalan yang diajukan kepadanya sangat bersahaja, dan lucu membuatkan ramai berminat untuk mendengar UAI berceramah.

Untuk pengetahuan, UAI mempunyai 3 orang isteri, dan 7 orang anak.

Menariknya kali ini, Ikhwan Najmi iaitu anak kepada UAI ada berkongsikan sebuah video raya menunjukkan UAI dan keluarga besarnya bersama-sama.

Video yang berdurasi 24 saat itu berjaya meraih tontonan sebanyak 1.8 juta, 147 K tanda suka dan lebih 800 komen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang teruja dapat melihat keluarga UAI, kerana sebelum ini tidak pernah didedαhkan.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Video dan gambar, @ikhwannajmi7

Leave a Reply

Your email address will not be published.