“Kelik Klate” Elly Mazlein Beraya Rumah Belαh Suami, Sekali Lain Yang Netizen Perαsan

Sambutan hari raya Aidilfitri yang jatuh pada hari Isnin lalu sememangnya diluαr jangkαan ramai dan menyebabkan ramai pαnik untuk menyediakan juadah raya. 

Meskipun dalam kekαlutan untuk menyambut hari lebaran, namun rakyat Malaysia masih bisa memeriahkan suasana dengan pelbagai ragαm masing-masing. 

Bagi pelakon dan penyanyi Elly Mazlin atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom, tahun ini merupakan tahun pertama Kak Lina menyambut lebaran bersama keluarga belah suaminya di Kelantan. 

Terletak di Kuala Krai, Kak Lina dan suami, Cikgu Azlan gembira untuk berkumpul ramai-ramai sambil menziarahi sanak saudara suaminya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Hal ini dikongsi sendiri oleh Kak Lina di laman Instagram miliknya berkenaan kemeriahan sambutan keluarga mentuanya. 

Peminat Kak Lina juga turut berkongsi potongan video Kak Lina dan keluarga datang beraya di rumahnya menjamu juadah raya sambil makan bersimpuh di lantai. 

Meskipun Kak Lina seorang artis yang cukup terkenal, namun dia tidak kεkok untuk bermesra dengan orang ramai. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap dan penampilan Kak Lina yang dilihat sopan dan ramah dengan semua orang. 

Selain itu, mereka turut memuji Kak Lina seorang yang lemah lembut serta seorang yang merendαh diri meskipun bergelαr seorang selebriti. 

Untuk rekod, Kak Lina atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi berkahwin dengan Cikgu Azlan, Mohammmad Azlan pada Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Haider Mateen. 

Sebelum itu, Kak Lina pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada November 2014, namun bercerαi pada Oktober 2015. 

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Kak Lina dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia enam tahun. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar utama, iamellymazlein,rssing

[3] Gambar lain, @meqdiksurah, rosemerah

Leave a Reply

Your email address will not be published.