“Umrah kali ini berbeza…” Pinta Jodoh Yang Baik, Siti Nordiana Berdoa Di Mekah

Pertengahan Mac lalu, pelakon dan penyanyi Siti Nordiana telah mengerjakan umrah di tanah suci Mekah bersama anak tunggalnya. 

Umrah kali ini merupakan umrah yang kedua dan menurut Nana, umrah kali ini berbeza dengan yang sebelum ini. 

“Umrah yang saya tunaikan tempoh hari merupakan umrah kedua saya. Kali ini agak berbeza dengan umrah yang pertama kerana ada banyak perkara yang saya pelajari ketika berada di sana. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

“Tambahan pula, ustaz pengiring memberikan banyak pengisian baharu. Jadi, saya rasa ini merupakan pengalaman yang paling bermakna buat saya,” ujar Nana. 

Menurut Nana yang juga pelakon Dia Semanis Honey ketika berada di sana, Nana tidak pµtus-pµtus menzahirkan dan memanjatkan doa kepada Allah SWT. 

“Ketika beradan di sana, saya berdoa agar saya sentiasa beristiqamah. Maksudnya, ibadah apa yang saya lakukan di sana, dapat saya lakukan sebaiknya selepas kembali ke tanah air. 

“Saya juga doakan agar ibadah saya selepas ini bertambah dan lebih baik daripada sebelum-sebelum ini,” tambahnya. 

“Itu harus! Jujurnya, saya doa secara am sahaja… doa supaya diperluaskan rezeki dan dipertemukan dengan jodoh yang baik,” jawab Nana apabila disoal tentang jodoh. 

“Setakat ini belum ada ura-ura untuk menαmatkan zaman solo. Biarlah Allah yang tentukan. Berkawan-kawan tu ada, mungkin belum sampai masanya. Doakan saya ya,” katanya. 

Untuk rekod, Siti Nordiana telah berkahwin dengan seorang pelakon iaitu Faizal Yusof pada April 2006, sebelum memµtuskan untuk bercerαi pada September 2009. 

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Mohd Rayyan Nakhaie. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, sitinordiana

Leave a Reply

Your email address will not be published.