
Setiap ibu bapa menginginkan anak mereka membesar menjadi seorang yang berguna serta berbakti kepada kedua orang tua serta masyarakat.
Perasaan bangga sepastinya hadir dalam diri setiap mereka yang bergelαr ibu bapa setelah anak-anak mereka berjaya dalam sebarang pencapaian.
Begitu juga dengan pelawak dan pelakon Ajak Shiro apabila anak sulungnya iaitu Jad Thaqif sudah boleh menguruskan jenαzah meskipun baru berusia 12 tahun.
Hal ini dikongsi sendiri oleh Ajak Shiro atau nama sebenarnya, Mohamad Hanaffi Razak di akaun Instagramnya dimana Jad kini sudah membantu menguruskan sembilan jenαzah.
“Walaupun aku ada pengetahuan tetapi dia lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod berbanding aku.
“Semalam dengan hari ini sahaja sudah sembilan jenαzah dia mandikan. Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak baba ini. Jad rehat eh muka nampak letih tu,” kapsyen Ajak.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata warganet turut memuji keperibadian Jad seorang yang baik selain mereka turut mendoakan agar dia menjadi anak yang soleh.
Selain itu, rakan artis Ajak turut mendoakan perkara yang sama seperti Achey dan Shuib Sepahtu.
Untuk rekod, Ajak dan pasangan, Nur Afifah telah berkahwin pada Jun 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, gempak
[2] Gambar, ajakshiro, jadthaqiffc