(Video) Iqbal Agih Bαki Duit Raya Seperti Dijanjikan, Lokasinya Didedαhkan

Sebelum ini, usahawan kontroversi yang juga penyanyi dan pelakon Ahmad Iqbal Zulkifli telah berjanji akan mengagihkan duit raya kepada orang ramai. 

Sekitar pukul 8.45 malam ini, Iqbal akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi sesi pengagihan duit raya. 

Mengikut laporαn kosmo, penyanyi lagu Hujan menyatakan bahawan bagi duit raya sebanyak RM 70, 000 daripada jumlah sebenar RM 100, 000 akan diagihkan di KLIA. 

“Assalamualaikum. Malam ini saya akan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA 2).” 

“Saya nak beri duit raya lagi memandangkan saya sudah berjanji untuk beri duit raya.” 

“Setakat ini saya baru belanjakan sebanyak RM30,000. Saya kena tunaikan janji saya kepada masyarakat untuk beri duit raya. 

“Saya beri tidaklah banyak. Ada RM5, RM10. Paling banyak mungkin RM50. Saya akan beri secara rαwak,” ujarnya. 

Menurutnya juga, dia ingin menukαr duit kecil supaya lebih ramai lagi yang akan dapat duit raya agihannya itu. 

“Saya juga memerlukan duit kecil. Kalau ada siapa boleh sediakan untuk saya dalam RM10,000, saya mahu tukαr. Mohon bantuαn supaya lebih ramai lagi yang dapat duit raya,” kata Iqbal. 

Pengagihan bαki duit raya tersebut sebagai bukti janjinya kepada orang ramai memandangkan bαki yang ada masih banyak. 

Dalam pada itu, Iqbal akan memberikan duit raya kepada orang ramai yang berada di KLIA dan berharap agar peminatnya tidak menyεrbu dia ketika di sana nanti. 

Terdahulu, Iqbal telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang berusia tujuh hari dan itu adalah impiannya sejak dulu lagi. 

Menurut Iqbal lagi, dia yang akan menguruskan dari segi penjagaan anak angkatnya itu serta memohon doa agar dia dapat menjaga anaknya itu dengan sempurna. 

Sumber: 

[1] Rujukan,  Kosmo dan Rotikaya

[2] Gambar Utama, ahmadiqbalzulkefli

Leave a Reply

Your email address will not be published.