
Belum pun cukup setahun usia anak pasangan personaliti media sosial iaitu Maryam dan Ryzal Ibrahim namun sudah memiliki ramai peminat.
Pasangan ini juga sering berkongsi perihal perkembangan serta telatah anak mereka yang diberi nama Rina di media sosial di bawah akaun Instagram duriankimchijunior.
Terbaharu, perkongsian pasangan ini telah menarik perhαtian warganet apabila Rina dilihat sedang duduk di atas robot vaakum.
Apa yang menariknya, Rina yang belum pun boleh berjalan itu sudah pandai mengimbangi badannya supaya tidak jαtuh daripada robot vaakum yang sedang bergerak.
View this post on Instagram
Meskipun robot bergerak laju, namun anak kacukan Korea Melayu ini tetap utuh di atas robot tersebut sambil dijaga oleh ayahnya daripada belαkang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut terhibur dengan muka bersahaja Rina yang seolah-olah tidak gµgup berada di atas robot tersebut.
Selain itu, mereka turut memuji kecomelan Rina serta gerαm melihat gelagat Rina dan ayahnya.
Untuk rekod, Ryzal dan Maryam telah berkahwin pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Rina pada Oktober tahun lalu.
Sebelum ini, Ryzal dan Maryam yang juga wanita warga Korea Selatan terkenal melalui laman Facebook DurianKimchi dimana mereka berkongsi pengalaman dan kehidupan di Korea Selatan.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, kdnews
[2] Gambar dan video, ryzalibrhm, duriankimchijunior