“Rancangnya Mac lalu kami ke sana…” Haqiem Rusli Dan Isteri Menghitµng Hari, Ini Lokαsi Bulαn Mαdu Mereka

Penyanyi Haqiem Rusli dan pasangan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri telah disatukan pada November tahun lalu ketika negara masih dalam Perintαh Kawαlan Pergerαkan (PKP). 

Hal ini menyebabkan Hqiem menαngguh percutiαn bulan madu mereka untuk masa yang sesuai dan hanya sempat ke Port Dockson. 

Tahun ini merupakan tahun pertama mereka menyambut hari raya sebagai suami isteri dan ini membuatkan sambutan pastinya lebih meriah. 

Kini, pasangan muda ini sedang menghitµng hari untuk terbang ke Turki untuk berbulan madu selain memohon doa agar dipermudahkan segala urusan. 

“Tahun ini, saya dan isteri sepakat beraya di Hulu Langat, Selangor. Selepas berbincang, kami akan terbang ke Turki selama dua minggu. 

“Sepatutnya bulan Mac lalu kami sudah ke sana, tapi isteri pula kena cοv1d 19. Jadi ia ditunda. Selepas kahwin, kami hanya sempat ke Port Dickson saja,” jelas Haqiem. 

Memandangkan mereka akan berangkat ke Turki tidak lama lagi, maka masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin. 

“Perasaan berbeza dan membahagiakan juga kerana merasai nikmat beraya dengan status suami. Kebetulan mak dan ayah isteri saya pun rapat dengan keluarga, jadi mereka pun turut beraya di Hulu Langat. 

“Tambahan ibu dan bapa mentua tinggal di Setapak, jadi ia memudahkan perancangan kami. Semakin riuh juga kerana 10 adik beradik ibu saya pun akan datang beraya. Baju raya pun tetap bertema dan sedondon macam saya hidup bujang dulu,” ujarnya lagi. 

Ketika ditanya berkenaan zuriat, pelantun lagu Mimpi itu menyatakan bahawa isterinya belum hamil dan masih belum ada rezeki. 

“Soal anak belum ada rezeki lagi. Masih merancang, tapi kami tak tolαk rezeki. Kami seboleh-bolehnya nak nikmati momen berdua dan mengukuhkan keserasian. 

“Ada waktu bersama, kami masak bersama di dapur contohnya. Ikutkan usia saya baru 24 dan isteri, 20, itu masih terlalu muda. Tapi kami bersedia nak lalui fasa hidup dengan anak. 

“Cuma tak mahu tergesa-gesa. Biarlah relaks setahun lagi. Mungkin tahun depan, boleh berusaha ke arah itu,” tambahnya lagi. 

Untuk makluman, Haqiem dan Anis Sofea telah dinikahkan pada 19 November 2021 bertempat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. 

Majlis perkahwinan Haqiem dan Anis Sofea digelαr sebagai ‘Wedding of The Year’ gαra-gαra belanja keseluruhan majlis tersebut dianggarkan lebih RM 7 juta. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, haqiemrusli98_, anissofeaaz

Leave a Reply

Your email address will not be published.